Aku Sedang Belajar Berdamai Dengan Sunyi
Ada masa, aku terasa dunia terlalu bising.
Terlalu banyak suara yang aku tak mahu dengar,
tapi terpaksa hadam semuanya sendirian.
aku menjauh.
Dan dalam ruang sepi itulah, aku mula faham — sunyi bukan musuh.
Kadang-kadang, ia cuma pantulan diri yang terlalu lama menyimpan luka.
Aku tulis di sini,
bukan untuk difahami sesiapa,
tapi supaya aku tak hilang dalam bayang mayang diri sendiri.



Comments
Post a Comment