Bila Hadiah Dari Hati Kau Yang ingin Memberi, Tak dinilai Langsung
Bukan semua orang lahir dari keluarga senang. Duit Poket sekolah kau pun tak meriah macam orang lain. Tak cukup untuk isi kelaparan tapi kau hanya terima tanpa keluh demi memahami ibubapa.
Tapi hadiah kawan tetap juga kau nak beri.
kau ambil masa fikir hadiah paling ikhlas,paling mudah dapat..paling dari hati,
paling mewakili perasaan yang kau tak tahu macam mana nak luah.
dan akhirnya kau jumpa sesuatu. Sabun!
Bukan mahal. Tapi penuh makna. Ya, sabun, kuukir dengan ukiran bunga.
Sebab bagi kau, hadiah tu bukan barang.
Tapi lambang rasa pemberian sebagai kawan.
Tapi bila kau beri…
penerima tertawa dan diajak juga yang lain ketawa sama.
Ada yang pedih tapi bukan tangan!
Ada yang sakit tapi bukan mata!
Dan kau cuma mampu diam. Malu, speechless
Sambil telan rasa yang tak tahu nak luah ke mana.
Sebab Kau Letak Hati Dalam Hadiah Tu
Kau tahu kenapa kau sedih?
Bukan sebab hadiah tu ditolak.
Tapi sebab kau letak bahagian diri kau dalam hadiah tu.
Tapi sebaliknya, hadiah tu dilihat sebagai benda biasa.
Atau lebih buruk — sebagai “apa ni?haha”
Dari situ aku anggap itu silap. tak mampu tak payah sibuk nak juga memberi. Akhirnya memalukan diri.
Sabun itu yang aku ukir, tapi hati yang berdarah. Parutnya memudar tapi masih pedih.
Kau Tak Salah. Tapi Bukan Semua Orang Tahu Nilai Rasa.
Bukan semua orang tahu menilai ikhlas.
Bukan semua orang tahu membaca diam kita.
Bukan semua orang tahu ,ada hadiah yang datang bukan dari poket, tapi dari hati.
Dan kadang, yang paling menyakitkan:
kita beri pada orang yang tak pernah anggap pemberian kita ada nilai.
Tapi Percayalah, Nilai Itu Tetap Ada
Walau hadiah tu tak dihargai,
walau tak disebut pun ,
itu tak padam nilai yang kau letakkan dalamnya.
Kau tetap seorang yang ikhlas.
Kau tetap beri tanpa paksa.
Kau tetap jujur, walau tiada balasan.
Dan itu bukan kelemahan. Itu kekuatan.
Jadi Kalau Rasa Itu Datang Lagi...
Kalau satu hari nanti kau rasa sedih sebab hadiah kau dipandang sebelah mata,
ingat ini:
Yang datang dari hati, tak pernah sia-sia ,walau ia tak dihargai oleh tangan yang menerimanya. cukuplah, jangan kau beri lagi pada yang tak mahu. Know you value💓
untuk yang suka memberi pada orang yang salah
-Bayang Mayang


Comments
Post a Comment